Friday, 21 June 2013

Folio Sejarah Tingkatan 3 PMR.. PERUSAHAAN KEROPOK LEKOR DI LEMBAH KERAMAT



Salam.. inilah projek Sejarah saya yang last minute.. itu pon dpt tau dari cikgu yang mengajar lain dri kelas saya.. saya bagi pendrive then dia tolng copy n masuk dlm pendrive saya.. saya balik edit sikit2.. hari jumaat buat.. hari jumaat last day kene antar.. balik solat jumaat edit2 antar letak je kat meja cikgu kul 4 petng.. my teacher tu bukannya nk masuk kelas... dah tergendala.. nasib siap.. alhamdulilah















PERUSAHAAN KEROPOK LEKOR DI LEMBAH KERAMAT

Nama            : MOHAMAD NASRUL NADZMI BIN MD NIZAM
Tingkatan      : 3 INTAN
IC                    : 981203 - 10 - 7117

Guru               : Encik Zakiman Bin Zakria

Tajuk Kajian :




PERUSAHAAN KEROPOK LEKOR DI LEMBAH KERAMAT




Senarai Kandungan :
                    
              
Bil .
Isi Kandungan
Muka Surat
1 .
Tajuk Kajian
1
2 .
Senarai Kandungan
2
3 .
Penghargaan
3
4 .
Objektif Kajian
4
5 .
Kaedah Kajian
5
6 .
Hasil Kajian
6
7 .
Rumusan
17
8 .
Lampiran
18
9 .
Rujukan
19






Penghargaan :
                
                  Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan pertolongan-NYA , dapat saya menyiapkan kerja kursus Sejarah tingkatan 3 Intan. Saya Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak .
              
                   Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya,Ismat dan Haikal yang menolong serba sedikit saya membuat kerja kursus ini . Setinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik Zakiman bin Zakaria . Tanpa tunjuk ajar serta bimbingan beliau , agak mustahil bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini . Selain itu , saya juga ingin mengucapkan  terima kasih kepada orang sumber , Encik Firdaus Bin Abdul Samad yang turut membantu .
     
                    Akhir sekali , saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu saya Faidarose Bt. Mohamed dan bapa saya Md Nizam Bin Muhd Yun kerana banyak memberi maklumat kepada saya serta membantu saya dari segi kewangan dan memberi sokongan kepada saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini .





 Objektif kajian :

             Melalui kajian ini saya akan  dapat mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar . Sumber-sumber ini yang diperoleh ini akan membantu saya  menyiapkan kerja kursus berkaitan dengan hasil perusahaan tradisional tempatan. Malah , secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah . 
Selain itu , melalui kerja kursus ini juga  saya akan dapat mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat . Ini disebabkan ketika saya menjalankan kajian ini , saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat  Secara tidak langsung , hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud .
            Akhir sekali , saya juga  akan dapat menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain . Semangat ini boleh diterapkan melalui penghargaan terhadap produk tempatan. Dengan kajian ini , masyarakat akan lebih menghargai produk tempatan yang terdapat di negara ini . 


Kaedah kajian :
 Kaedah temu bual :
                 Melalui kaedah temu ramah , saya telah menemu bual Encik Firdaus Bin Abdul Samad dari Hulu Kelang. Melalui beliau saya telah dapat banyak maklumat  terutamanya berkaitan dengan latar belakang perniagaannya.
Kaedah lawatan dan pemerhatian :
                Saya telah melawat gerai Encik Firdaus untuk mengkaji pengusaha tersebut memasarkan produk tempatan tersebut . Gerai ini terletak di simapng berdekatan Jalan AU4 berhadapan dengan padang bola . Di sini saya sendiri telah melihat bagaimana Encik Ilmi menguruskan perniagaannya. Banyak maklumat berguna yang dapat diperolehi berdasarkan pemerhatian saya di sini .
 Kaedah penyelidikan perpustakaan :
              Saya juga turut mengunjungi Perpustakaan Negara untuk menjalankan penyelidikan sumber – sumber yang ada di situ . Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai  seperti buku ilmiah seperti buku keropok lekor  , majalah dan akhbar  akan membantu memberikan maklumat-maklumat terutama berkaitan dengan penghasilan keropok lekor. 

 Melayari laman sesawang :
             Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di negara kita dengan melayari laman sesawang produk  yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan . Antara laman web sesawang yang saya layari adalah seperti http:// keropok lekor. www. dan http:// perusahaan keropok di Terengganu . Laman-laman ini telah memberikan banyak informasi yang berguna seterusnya melengkapkan kerja kursus saya.


Temu Bual 

Temu Bual
Nasrul               : Assalamualaikum.
Encik Firdaus : Waalaikumusalam.
Nasrul               : Boleh saya menemu bual tentang perniagaan pak cik ?
Encik Firdaus : Sudah tentu , apa salahnya.
Nasrul               : Apakah nama penuh pak cik? Sebelum itu , berpakah umur pak cik ?
Encik Firdaus : Nama saya Firdaus Bin Abdul Samad.  Saya berumur 39 tahun .
Nasrul              :  Bilakah pak cik mula berniaga dan berapa modal pak cik untuk
                             sehari?
Encik Firdaus : Saya mula bekerja dari tahun 1998 dan modal saya untuk sehari dalam
                            lingkungan RM 600 .
Nasrul              : Oh begitu. Waktu operasi pak cik berniaga dari pukul berapa hingga
                            pukul berapa
Encik Firdaus : Waktu operasi saya berniaga adalah dari pukul 12 tengah hari hingga 7
                            petang.
Nasrul              : Pak cik bolehkah saya mengambil nombor kad pengenalan pak cik untuk
                            dijadikan bukti kerja kursus sejarah saya ?
Encik Firdaus : Boleh. Ini nombornya , 740512-10-5361.



Maklumat asas :

        1.1. Nama atau jenis kegiatan ekonomi.
Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah pengusahaan Keropok Lekor Bistari yang diusahakan oleh Encik Firdaus Bin Abdul Samad.
       
      
                    1.2. Sejarah atau asal usul kegiatan ekonomi

Pengusahaan keropok lekor ini telah dimulakan oleh Encik Firdaus Bin Abdul Samad mulai tahun 1998 . Pada masa tersebut beliau hanya menjual keropok lekor sahaja. Semakin lama perniagaannya semakin berkembang. Dia turut menjual goreng pisang dan lain-lain . Beliau menjualnya berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat .


1.3 Lokasi atau tempat kajian
       Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan di Gerai Encik Firdaus di Jalan AU3/17A ,
    Kuala Lumpur.


1.4. Pihak yang mengusahakan perusahaan.
           Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Firdaus Bin Abdul Samad kerana beliau merupakan antara orang yang lama  terlibat dengan perniagaan keropok lekor di kawasan kajian . 



2) Latar belakang :
       2.1. Tujuan dijalankan
               Encik Firdaus Bin Abdul Samad pada mulanya membuat keropok hanya untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri . Di atas galakkan orang ramai, beliau membuka sebuah gerai keropok lekor .
        2.2.  Proses atau cara pelaksanaan
                Bahan-bahan yang diperlukan adalah ikan kembung , bawang putih , tepung ubi , tepung gandum , garam dan air . Selepas itu , asingkan isi ikan daripada tulang . Kemudian kisar isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air .
                  Seterusnya , masukkan sedikit garam dan tepung . Gaul bahan tersebut sehingga tidak melekat pada tangan . Sapukan tangan dengan sedikit minyak . Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja yang bersih agar adunan mampat dan lembut . Uli adunan dalam bentuk memanjang .
                 Didihkan air di dalam periuk bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak melekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor ke dalam periuk. Keropok lekor akan terapung di permukaan air, menandakan keropok lekor tersebut sudah masak .
                Angkat dan tapiskan keropok lekor yang telah direbus. Potong secara menegak dengan saiz yang sesuai . Panaskan minyak dan goreng keropok lekor yang telah ditapis sehingga bewarna keemasan.

2.3.  Peralatan yang digunakan
          Peralatan yang digunakan pada peringakat awal pembuatan keropok lekor ialah mesin pengadun untuk mengadun adunan keropok lekor , periuk untuk merebus keropok lekor serta kuali untuk menggorengnya .
           Dalam proses pembuatan keropok lekor , cara beliau mengekalkan keaslian keropok lekor adalah dengan tidak menggunakan sebarang serbuk perasa .

2.4. Kos pengendalian
               Kos pengendalian perniagaan keropok lekor ditanggung oleh Encik Firdaus Bin Abdul Samad dianggarkan sebanyak  RM 1,500 . Kos pengendalian ini juga termasuk pembelian bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk memproses keropok lekor .




 3) Sumbangan kepada keluarga atau masyarakat

3.1  Sumber pendapatan
                   Perniagaan keropok lekor Encik Firdaus Bin Abdul Samad dapat menyara dan meningkatkan taraf hidup keluarga beliau . Kini,purata keuntungan beliau dalam sehari adalah sebanyak RM 1,000 .


3.2 Memenuhi permintaan
                    Perniagaan Encik Firdaus Bin Abdul Samad juga memenuhi permintaan masyarakat setempat khususnya para pelajar kerana gerainya berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat .





3.3 Hubungan kemasyarakatan
                     Perniagaan keropok lekor oleh Encik Firdaus Bin Abdul Samad telah mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat yang berbilang kaum, terutamanya dalam kalangan pelajar serta penduduk kawasan perumahan setempat .


3.4 Peluang pekerjaan
              Perniagaan keropok lekor oleh Encik Firdaus Bin Abdul Samad juga menyediakan peluang pekerjaan kerana beliau memerlukan beberapa orang pembantu untuk membantu beliau dalam proses pembuatan serta menggoreng keropok lekor .




4) Prospek
   
4.1 Cabaran yang dihadapi
                 Encik Firdaus Bin Abdul Samad menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber utama keropok lekor iaitu ikan kembung berikutan faktor cuaca yang tidak menentu telah menyukarkan para nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Selain itu, faktor cuaca ketika Encik Ilmi Bin Abdul Ghan menjalankan perniagaan turut menjadi masalah kepada beliau berikutan kesukaran para pelanggan untuk membeli keropok lekor yang dijual oleh beliau.
     
4.2 Penglibatan serta galakan pihak luar dan kerajaan
                   Encik Firdaus Bin Abdul Samad telah mendaftar perniagaan keropok lekor beliau dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). TEKUN juga memberi kemudahan pinjaman kewangan kepada Encik Ilmi Bin Abdul Ghan untuk menjalankan perniagaan keropok lekor beliau.
     




4.3 Reaksi dan penerimaan masyarakat
                     Reaksi masyarakat setempat terhadap perniagaan keropok lekor Encik Firdaus Bin Abdul Samad amat memberangsangkan berikutan gerai keropok lekor beliau sering dikunjungi oleh masyarakat setempat.
     

4.4 Saranan dan harapan
                      Encik Firdaus Bin Abdul Samad berharap agar pihak kerajaan dapat menawarkan bantuan kewangan terhadap perniagaan beliau supaya dapat diluaskan dengan memasarkan keropok lekor buatannya ke seluruh negara.





 Elemen 3 :
       Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari kawasan luar bandar . Bagi masyarakat Melayu,kegiatan ekonomi tradisional biasanya  berbentuk ekonomi sara diri . Sebagai contoh , keperluan asas ekonomi petani dan nelayan adalah cukup untuk menyara kehidupan keluarga sendiri . Kerajaan telah lama mengadakan pelbagai inisiatif yang dapat membantu dan menggalakkan rakyat untuk mengusahakan ekonomi tradisional . Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional , pengusaha akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah , kekurangan tenaga kerja serta modal. Oleh itu , pengusaha perlu sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran tersebut . 
             Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat mengukuhkan semangat bermasyarakat di Malyasia . Melalui kegiatan ekonomi tersebut , pihak yang terlibat dapat menunjukkan nilai rajin dan gigih dalam menjayakan perniagaan . Hal ini kerana , mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum membuahkan hasil . Sebagai contoh, dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu mendapatkan bekalan udang yang secukupnya supaya produk keluaran mereka berkualiti .
                Dalam mengusahakan kegiatan ekonomi ini , semangat kerjasama dan bermuafakat dapat dihidupkan . Nilai bersatu padu dan harmoni dapat ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu memproses produk keluaran mereka . Sikap kerjasama dan tolong menolong ini haruslah menjadi para generasi muda hari ini . Amalan murni tersebut dapat memupuk serta mengukuhkan semangat nasionalisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menjamin kedaulatan negara .

                     Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji  . Mereka hidup saling bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan aktivit harian . Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan bermuafakat dalam menjayakan sesuatu kerja . Hasilnya keutuhan negara semakin mantap dan gah di mata dunia .
                           Sebagai warganegara Malaysia, kita hendaklah bersyukur kerana negara kita berada dalam suasana yang aman dan makmur . Keadaan ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang . Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat demi memajukan bangsa dan negara .





Rumusan :
     Setelah menjalankan kajian ini , saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan yang terdapat di kawasan kajian saya . Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara .
         Di samping itu , melalui kajian ini juga saya telah  dapat menonjolkan masyarakat yang saling membantu  , bekerjasama dan bertoleransi .Seterusnya melalui perusahaan tradisional ini walaupun dijalankan secara kecil-kecilan namun telah menimbulkan semangat daya saing dalam masyarakat.  Semangat ini akan menjadi pemacu bagi membangunkan masyarakat dalam sebuah negara yang merdeka ini.
       Akhir sekali , kemajuan ekonomi bergantung kepada rakyat yang produktif , kreatif dan berinovasi . Sebagai rakyat Malaysia , kita mestilah berbangga dengan produk tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita .


Lampiran                        
  
Proses merebus keropok lekor.

Proses menggoreng keropok lekor.




Rujukan :
     Sumber Internet :
Sumber Jurnal :
·       Rozifah Abdul Ghani , “ Perusahaan Pembuaatan Keropok Lekor – Tumpuan Khusus di Kawasan Losong , Kuala Terengganu “ dalam Jurnal Purba , Bilangan ke 13 , Mac 1994.
Sumber Buku :
·       Siti Paujiah , Yusri Ab. Malik , 1995 , Industri Desa , Petaling Jaya , Setiamas . 
Melawat Tempat Kajian:
Jalan AU3/17A , Taman Seri Keramat Tengah , 54200 Kuala Lumpur , Wilayah


Orang Sumber :
·       Encik Firdaus Bin Abdul Samad , 39 tahun , Jalan AU4/1 , Taman Seri Keramat Tengah , 54200 Kuala Lumpur , Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur , Malaysia.Persekutuan Kuala Lumpur , Malaysia