Salam.. inilah projek Sejarah saya yang last minute.. itu pon dpt tau dari cikgu yang mengajar lain dri kelas saya.. saya bagi pendrive then dia tolng copy n masuk dlm pendrive saya.. saya balik edit sikit2.. hari jumaat buat.. hari jumaat last day kene antar.. balik solat jumaat edit2 antar letak je kat meja cikgu kul 4 petng.. my teacher tu bukannya nk masuk kelas... dah tergendala.. nasib siap.. alhamdulilah
PERUSAHAAN KEROPOK LEKOR DI LEMBAH KERAMAT
Nama :
MOHAMAD NASRUL NADZMI
BIN MD NIZAM
Tingkatan : 3
INTAN
IC :
981203 - 10 - 7117
Guru :
Encik Zakiman Bin
Zakria
Tajuk
Kajian :
PERUSAHAAN KEROPOK LEKOR DI LEMBAH KERAMAT
Senarai Kandungan :
Bil
.
|
Isi
Kandungan
|
Muka
Surat
|
1
.
|
Tajuk
Kajian
|
1
|
2
.
|
Senarai
Kandungan
|
2
|
3
.
|
Penghargaan
|
3
|
4
.
|
Objektif
Kajian
|
4
|
5
.
|
Kaedah
Kajian
|
5
|
6
.
|
Hasil
Kajian
|
6
|
7
.
|
Rumusan
|
17
|
8
.
|
Lampiran
|
18
|
9
.
|
Rujukan
|
19
|
Penghargaan :
Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
pertolongan-NYA , dapat saya menyiapkan kerja kursus Sejarah tingkatan 3 Intan.
Saya Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam mengucapkan jutaan terima kasih atas
kerjasama yang diberikan oleh semua pihak .
Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya,Ismat dan Haikal yang
menolong serba sedikit saya membuat kerja kursus ini . Setinggi penghargaan dan
terima kasih saya ucapkan kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik
Zakiman bin Zakaria . Tanpa tunjuk ajar serta bimbingan beliau , agak mustahil
bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini . Selain itu , saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada orang
sumber , Encik Firdaus Bin Abdul Samad yang turut membantu .
Objektif
kajian :
Melalui kajian ini saya akan dapat mengenal pasti sumber-sumber sejarah
yang tepat dan benar . Sumber-sumber ini yang diperoleh ini akan membantu
saya menyiapkan kerja kursus berkaitan
dengan hasil perusahaan tradisional tempatan. Malah , secara tidak langsung ini
akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian
yang bersifat ilmiah .
Selain itu , melalui
kerja kursus ini juga saya akan dapat
mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat . Ini disebabkan ketika saya
menjalankan kajian ini , saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk
mendapatkan maklumat Secara tidak
langsung , hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama
akan wujud .
Akhir sekali , saya juga akan dapat
menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda
yang lain . Semangat ini boleh diterapkan melalui penghargaan terhadap produk
tempatan. Dengan kajian ini , masyarakat akan lebih menghargai produk tempatan
yang terdapat di negara ini .
Kaedah kajian :
Kaedah temu bual :
Melalui
kaedah temu ramah , saya telah menemu bual Encik Firdaus Bin Abdul Samad dari
Hulu Kelang. Melalui beliau saya telah dapat banyak maklumat terutamanya berkaitan dengan latar belakang perniagaannya.
Kaedah lawatan dan pemerhatian :
Saya
telah melawat gerai Encik Firdaus untuk mengkaji pengusaha tersebut memasarkan
produk tempatan tersebut . Gerai ini terletak di simapng berdekatan Jalan AU4
berhadapan dengan padang bola . Di sini saya sendiri telah melihat bagaimana
Encik Ilmi menguruskan perniagaannya. Banyak maklumat berguna yang dapat
diperolehi berdasarkan pemerhatian saya di sini .
Kaedah penyelidikan
perpustakaan :
Saya juga turut
mengunjungi Perpustakaan Negara untuk menjalankan penyelidikan sumber – sumber
yang ada di situ . Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah seperti buku keropok
lekor , majalah dan akhbar akan membantu memberikan maklumat-maklumat
terutama berkaitan dengan penghasilan keropok lekor.
Melayari laman sesawang
:
Saya turut menggunakan
kemudahan ICT yang terdapat di negara kita dengan melayari laman sesawang
produk yang dikaji malah turut memuat
turun bahan yang terdapat sebagai rujukan . Antara laman web sesawang yang saya
layari adalah seperti http:// keropok lekor. www. dan http:// perusahaan
keropok di Terengganu . Laman-laman ini telah memberikan banyak informasi yang
berguna seterusnya melengkapkan kerja kursus saya.
Temu Bual
Temu Bual
Nasrul : Assalamualaikum.
Encik Firdaus : Waalaikumusalam.
Nasrul :
Boleh saya menemu bual tentang perniagaan pak cik ?
Encik Firdaus : Sudah tentu , apa salahnya.
Nasrul :
Apakah nama penuh pak cik? Sebelum itu , berpakah umur pak cik ?
Encik Firdaus : Nama saya Firdaus Bin Abdul Samad. Saya berumur 39 tahun .
Nasrul :
Bilakah pak cik mula berniaga dan berapa modal pak cik untuk
sehari?
Encik Firdaus : Saya mula bekerja dari tahun 1998
dan modal saya untuk sehari dalam
lingkungan RM 600 .
Nasrul : Oh begitu. Waktu operasi pak cik berniaga
dari pukul berapa hingga
pukul berapa
Encik Firdaus : Waktu
operasi saya berniaga adalah dari pukul 12 tengah hari hingga 7
petang.
Nasrul : Pak cik bolehkah saya mengambil nombor
kad pengenalan pak cik untuk
dijadikan bukti
kerja kursus sejarah saya ?
Encik Firdaus : Boleh.
Ini nombornya , 740512-10-5361.
Maklumat asas :
1.1.
Nama atau jenis kegiatan ekonomi.
Kegiatan ekonomi yang
saya kaji ialah pengusahaan Keropok Lekor Bistari yang diusahakan oleh Encik
Firdaus Bin Abdul Samad.
1.2. Sejarah
atau asal usul kegiatan ekonomi
Pengusahaan keropok lekor ini telah dimulakan oleh Encik Firdaus Bin Abdul
Samad mulai tahun 1998 . Pada masa tersebut beliau hanya menjual keropok lekor
sahaja. Semakin lama perniagaannya semakin berkembang. Dia turut menjual goreng
pisang dan lain-lain . Beliau menjualnya berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan
Lembah Keramat .
1.3 Lokasi atau tempat
kajian
Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan di Gerai
Encik Firdaus di Jalan AU3/17A ,
Kuala
Lumpur.
1.4. Pihak yang mengusahakan perusahaan.
Bagi tujuan kerja kursus ini saya
memilih Encik Firdaus Bin Abdul Samad kerana beliau merupakan antara orang yang
lama terlibat dengan perniagaan keropok lekor di kawasan kajian .
2) Latar belakang :
2.1. Tujuan
dijalankan
Encik Firdaus Bin Abdul Samad
pada mulanya membuat keropok hanya untuk digunakan sebagai sumber makanan
dan masakan sendiri . Di atas galakkan orang ramai, beliau membuka sebuah gerai
keropok lekor .
2.2.
Proses atau cara pelaksanaan
Bahan-bahan yang diperlukan adalah ikan kembung , bawang putih , tepung
ubi , tepung gandum , garam dan air . Selepas itu , asingkan isi ikan daripada
tulang . Kemudian kisar isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air .
Seterusnya , masukkan sedikit garam dan tepung . Gaul bahan tersebut
sehingga tidak melekat pada tangan . Sapukan tangan dengan sedikit minyak .
Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja yang bersih agar adunan mampat
dan lembut . Uli adunan dalam bentuk memanjang .
Didihkan air di dalam periuk
bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak melekat antara satu sama lain.
Kemudian masukkan keropok lekor ke dalam periuk. Keropok lekor akan terapung di
permukaan air, menandakan keropok lekor tersebut sudah masak .
Angkat dan tapiskan keropok lekor yang telah direbus. Potong secara
menegak dengan saiz yang sesuai . Panaskan minyak dan goreng keropok lekor yang
telah ditapis sehingga bewarna keemasan.
2.3. Peralatan
yang digunakan
Peralatan yang
digunakan pada peringakat awal pembuatan keropok lekor ialah mesin pengadun
untuk mengadun adunan keropok lekor , periuk untuk merebus keropok lekor serta
kuali untuk menggorengnya .
Dalam proses pembuatan keropok lekor
, cara beliau mengekalkan keaslian keropok lekor adalah dengan tidak
menggunakan sebarang serbuk perasa .
2.4. Kos pengendalian
Kos pengendalian
perniagaan keropok lekor ditanggung oleh Encik Firdaus Bin Abdul Samad
dianggarkan sebanyak RM 1,500 . Kos
pengendalian ini juga termasuk pembelian bahan-bahan dan peralatan yang
diperlukan untuk memproses keropok lekor .
3.1 Sumber
pendapatan
Perniagaan
keropok lekor Encik Firdaus Bin Abdul Samad dapat menyara dan meningkatkan taraf
hidup keluarga beliau . Kini,purata keuntungan beliau dalam sehari adalah sebanyak
RM 1,000 .
3.2 Memenuhi permintaan
Perniagaan
Encik Firdaus Bin Abdul Samad juga memenuhi permintaan masyarakat setempat
khususnya para pelajar kerana gerainya berdekatan dengan Sekolah Menengah
Kebangsaan Lembah Keramat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat .
3.3 Hubungan kemasyarakatan
Perniagaan
keropok lekor oleh Encik Firdaus Bin Abdul Samad telah mengeratkan hubungan
antara masyarakat setempat yang berbilang kaum, terutamanya dalam kalangan
pelajar serta penduduk kawasan perumahan setempat .
3.4 Peluang pekerjaan
Perniagaan keropok lekor
oleh Encik Firdaus Bin Abdul Samad juga menyediakan peluang pekerjaan kerana
beliau memerlukan beberapa orang pembantu untuk membantu beliau dalam proses
pembuatan serta menggoreng keropok lekor .
4) Prospek
4.1 Cabaran yang
dihadapi
Encik
Firdaus Bin Abdul Samad menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah untuk
mendapatkan sumber utama keropok lekor iaitu ikan kembung berikutan faktor
cuaca yang tidak menentu telah menyukarkan para nelayan turun ke laut untuk
menangkap ikan. Selain itu, faktor cuaca ketika Encik Ilmi Bin Abdul Ghan
menjalankan perniagaan turut menjadi masalah kepada beliau berikutan kesukaran
para pelanggan untuk membeli keropok lekor yang dijual oleh beliau.
4.2 Penglibatan serta
galakan pihak luar dan kerajaan
Encik
Firdaus Bin Abdul Samad telah mendaftar perniagaan keropok lekor beliau dengan
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). TEKUN juga memberi kemudahan
pinjaman kewangan kepada Encik Ilmi Bin Abdul Ghan untuk menjalankan perniagaan
keropok lekor beliau.
4.3 Reaksi dan
penerimaan masyarakat
Reaksi
masyarakat setempat terhadap perniagaan keropok lekor Encik Firdaus Bin Abdul
Samad amat memberangsangkan berikutan gerai keropok lekor beliau sering
dikunjungi oleh masyarakat setempat.
4.4 Saranan dan harapan
Encik
Firdaus Bin Abdul Samad berharap agar pihak kerajaan dapat menawarkan bantuan
kewangan terhadap perniagaan beliau supaya dapat diluaskan dengan memasarkan
keropok lekor buatannya ke seluruh negara.
Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari
kawasan luar bandar . Bagi masyarakat Melayu,kegiatan ekonomi tradisional
biasanya berbentuk ekonomi sara diri .
Sebagai contoh , keperluan asas ekonomi petani dan nelayan adalah cukup untuk
menyara kehidupan keluarga sendiri . Kerajaan telah lama mengadakan pelbagai
inisiatif yang dapat membantu dan menggalakkan rakyat untuk mengusahakan
ekonomi tradisional . Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional , pengusaha
akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapatkan
bekalan bahan mentah , kekurangan tenaga kerja serta modal. Oleh itu ,
pengusaha perlu sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran tersebut .
Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat mengukuhkan semangat bermasyarakat
di Malyasia . Melalui kegiatan ekonomi tersebut , pihak yang terlibat dapat
menunjukkan nilai rajin dan gigih dalam menjayakan perniagaan . Hal ini
kerana , mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum membuahkan hasil .
Sebagai contoh, dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu
mendapatkan bekalan udang yang secukupnya supaya produk keluaran mereka
berkualiti .
Dalam mengusahakan kegiatan ekonomi ini , semangat kerjasama dan
bermuafakat dapat dihidupkan . Nilai bersatu padu dan harmoni dapat
ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu memproses produk keluaran mereka . Sikap
kerjasama dan tolong menolong ini haruslah menjadi para generasi muda hari
ini . Amalan murni tersebut dapat memupuk serta mengukuhkan semangat
nasionalisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menjamin kedaulatan negara
.
Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji . Mereka hidup saling bekerjasama dan
tolong-menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan aktivit harian .
Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan bermuafakat
dalam menjayakan sesuatu kerja . Hasilnya keutuhan negara semakin mantap dan
gah di mata dunia .
Sebagai warganegara
Malaysia, kita hendaklah bersyukur kerana negara kita berada dalam
suasana yang aman dan makmur . Keadaan ini membolehkan kita menjalankan
kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang . Seterusnya
dapat menjana pendapatan masyarakat demi memajukan bangsa dan negara .
Rumusan :
Setelah menjalankan
kajian ini , saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan menghasilkan
produk tempatan yang terdapat di kawasan kajian saya . Hasilnya, saya lebih
peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan
ekonomi tempatan dan negara .
Di
samping itu , melalui kajian ini juga saya telah dapat menonjolkan masyarakat yang saling
membantu , bekerjasama dan bertoleransi
.Seterusnya melalui perusahaan tradisional ini walaupun dijalankan secara
kecil-kecilan namun telah menimbulkan semangat daya saing dalam
masyarakat. Semangat ini akan menjadi
pemacu bagi membangunkan masyarakat dalam sebuah negara yang merdeka ini.
Akhir
sekali , kemajuan ekonomi bergantung kepada rakyat yang produktif , kreatif dan
berinovasi . Sebagai rakyat Malaysia , kita mestilah berbangga dengan produk
tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan
dan keharmonian negara kita .
Lampiran
Proses merebus keropok lekor.
Rujukan :
Sumber Internet :
Sumber Jurnal :
· Rozifah Abdul Ghani , “ Perusahaan
Pembuaatan Keropok Lekor – Tumpuan Khusus di Kawasan Losong , Kuala Terengganu
“ dalam Jurnal Purba , Bilangan ke 13 , Mac 1994.
Sumber Buku :
· Siti Paujiah , Yusri Ab. Malik ,
1995 , Industri Desa , Petaling Jaya , Setiamas .
Melawat Tempat
Kajian:
Jalan AU3/17A , Taman Seri Keramat
Tengah , 54200 Kuala Lumpur , Wilayah
Orang Sumber :
· Encik Firdaus Bin Abdul Samad , 39
tahun , Jalan AU4/1 , Taman Seri Keramat Tengah , 54200 Kuala Lumpur , Wilayah
Perseketuan Kuala Lumpur , Malaysia.Persekutuan Kuala Lumpur , Malaysia
very informative.. thank you for sharing. :)
ReplyDeleteassalam, akak student UTM,SKUDAI.. mne adik dpt jurnal Perusahaan Pembuaatan Keropok Lekor – Tumpuan Khusus di Kawasan Losong , Kuala Terengganu tu?
ReplyDeleteSalam mana nak dapat rujukan jurnal dan buku tuh ye?
ReplyDelete