Saturday, 11 May 2013

My Folio Sivik 2013 Secara Berkumpulan [ Tajuk : Bencana Alam ]


Sekolah Menegah Kebangsaan Lembah Keramat
Folio Sivik & Kewarganegaraan

Tajuk : Bencana Alam

Nama Ahli Kumpulan :
* Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam
* Muhd Faiz Hud Bin Abd. Jalil
* Muhd Ismat Zulhelmi Bin Saifulbahri
* Arman Hakim Bin Yazid

Nama Guru :   Puan. Hajah Muslimah Binti Tahir    
                





Perbezaan antara pencemaran alam & bencana alam ialah:
Pencemaran adalah sesuatu yang dilakukan oleh manusia dan bencana adalah sesuatu yang dilakukan oleh alam semula jadi sendiri.

3 punca bencana ialah:                    
Jenis-jenis pencemaran
Punca-punca
Pencemaran udara
Pembakaran terbuka, asap rokok, pertambahan kenderaan
Pencemaran air
Pembuangan sampah, pembuangan sisa bahan buangan kilang, penerokaan hutan
Pencemaran tanah
Penggunaan racun serangga berlebihan, pembuangan sampah

Sebab-sebab manusia melakukan kerosakan dan pencemaran alam:
Ø Akhlak mereka yang buruk.
Ø Didorong oleh perasaan tamak dan keinginan mendapat keuntungan yang banyak.
Ø Tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
Ø Sikap ambil mudah pada diri seseorang.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kerosakan alam sekitar:
Ø Memberi cermah kesedaran / kempen tentang kepentingan memelihara alam sekitar.
Ø Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan.
Ø Menyediakan kemudahan yang secukupnya seperti tempat membuang sampah.
Ø Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat bagi sesiapa yang terlibat melakukan kerosakan alam.

Pengenalan :-

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan) dan aktiviti manusia. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka. Pemahaman ini berkaitan dengan pernyataan: "bencana muncul apabila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakupayaan". Maka, aktiviti alam yang berbahaya tidak akan menjadi bencana alam di kawasan tanpa ketidakupayaan manusia, contohnya gempa bumi di wilayah tak berpenghuni seperti gurun. Jadi, penggunaan istilah "alam" juga ditentang kerana peristiwa tersebut tidak akan bahaya jika tanpa penglibatan manusia secara langsung mahupun tidak. Kebarangkalian untuk kerugian juga bergantung kepada bentuk bahaya itu sendiri, bermula dari kebakaran, yang mengancam bangunan orang perseorangan, hingga peristiwa hentaman meteor besar yang berupaya memadam ketamadunan manusia.
Namun, bagi kawasan yang mudah diserang, kesannya tidak begitu besar sekiranya penduduk di situ mempunyai ketahanan terhadap bencana. Konsep ketahanan bencana merupakan penilaian kemampuan sistem dan infrastruktur-infrastruktur untuk mengesan, mencegah dan menangani tentangan serius yang tiba.










KITA sering menyaksikan pelbagai paparan berita mengenai bencana alam yang menimpa di muka bumi ini. Setiap kali munculnya bencana, tampillah pakar-pakar bagi mengkaji punca berlakunya sesuatu kejadian menyedihkan itu.

Dalam merungkaikan isu itu , 4 faktor bencana alam yang sering berlaku sepeti berikut :-
1)         Faktor pertama ialah tsunami yang berlaku disebabkan tiga perkara... gempa bumi, letusan gunung berapi, dan tanah runtuh di pesisiran pantai.Selain itu,letusan di dasar laut,tapi perkara ini sangat jarang berlaku.
2)         Faktor kedua,kajian dari ulama besar, Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata, bencana yang berlaku itu adalah bentuk hukuman kepada manusia yang kufur kepada Allah. Itulah yang dikatakan sebagai bala.Kata-Nya, Allah menghukum umat Islam dan bukan Islam yang ingkar kepada arahan dan perintah Allah, yang selama ini bergelumang dalam kancah maksiat, bertindak derhaka terhadap ajaran Allah, melawan agama Allah dan menafikan hukum-hukum al-Quran. Manusia dalam golongan itu ada kalanya berani bertindak mengubah kehendak agama mengikut selera nafsu sendiri sehingga terpesong jauh dari bentuk keaslian Islam yang sebenar.
Allah berfirman yang bermaksud: “Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab akhirat adalah lebih keras dan tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun daripada (azab) Allah.” (Maksud Surah ar-Ra’d ayat 34).

3)         Faktor ketiga, bencana alam berlaku disebabkan sikap manusia itu sendiri. Salah satu contohnya adalah pembalakan secara berluasan yang menyebabkan tanah runtuh.

4)         Faktor keempat, bencana alam seperti tsunami berlaku disebabkan oleh gempa bumi.Gempa bumi pula kerana retakkan di permukaan bumi iaitu di dasar laut yang dimaksudkan pada rajah sebelah muka surat.



(Kejadian di Jepun,tsunami)
   


[ Gambar rajah di atas, Terjadinya tsunami,retakkan di dasar lautan (gempa bumi). ]





Bentuk Bantuan :-

Bencana alam sering dipaparkan di media massa.Terdapat pelbagai contoh bencana alam seperti tsunami,banjir dan tanah runtuh. Hal demikian perlu dititik beratkan dengan menyelamatkan nyawa mangsa.Ini dapat diselamatkan dengan pelbagai bentuk bantuan.
Bentuk bantuan awal yang dihulurkan kepada mangsa adalah berhubungan diplomatik dengan Negara lain untuk meminta bantuan seperti menghantar pasukan penyelamat dan pencari.Pasukan-pasukan yg dihantar perlulah yang berpengalaman dari segi logestik dan kepakaran didalam proses melakukan menyelamatkan mangsa.Ini dapat mempercepatkan proses pencarian dan seterusnya mengurangkan kadar kehilangan nyawa.
            Selain itu,sumbangan bantuan yang dapat dihulurkan kepada mangsa ialah keperluan khas seperti makanan,minuman,ubat-ubatan dan pakaian.Kebiasaannya mangsa tidak dapat menyelamatkan barang keperluan ketika bencana alam berlaku.Justeru dengan bantiuan ini dapat meringankan beban mereka.
            Seterusnya,menubuhkan kelab kebajikan dalam mengumpul wang bagi mangsa bencana alam.Perkara ini dapat dilakukan dengan menderma baju terpakai,membuat lelongan dan membuat ‘Garage Sale’.Oleh demikian,dengan pengumpulan wang tersebut dapat membantu mangsa benca alam.
           

(Contoh bentuk bantuan yang diberikan seperti rajah di atas)



Pada pendapat saya masyarakat perlu membuat persedian yang berterusan untuk menghadapi bencana alam supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.Hal ini dapat berjaga-jaga ketika bencana alam melanda.Selain itu,masyarakat dapat menyelamatkan barang seperti dokumen-dokumen penting dan barangan keperluan.Ini dapat membantu untuk masa akan datang selepas bencana alam berlaku.
Saya berharap agar masyarakat kini dapat mencegahnya dari awal sebelum terlambat ‘sediakan payung sebelum hujan’ supaya nasi tidak menjadi bubur.Masyarakat tidak patut menjadi seperti kata di bawah tempurung kerana akan memakan diri sendiri.






Kesimpulan :-

Akhir Sekali,terbuktilah pelbagai jenis bantuan seperti yang di  bicarakan akan bencana alam wujudnya sikap prihatin dan perikemanusiaan diantara manusia.Akhir kata,kita perlu menitik berat akan kejadian bencana alam yang berlaku supaya dapat mencegah dari bencana alam seberlum terlewat.

1 comment:

  1. Izinkan saya untuk copy paste sikit ilmu di atas . Hihi nak siapakan folio sivik jugak . Terima kasih :)

    ReplyDelete